KEKANGAN DANA KEPERLUAN MAKANANAN DAN KELENGKAPAN PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR ANAK YATIM DAN ASNAF


Walaupun ada segelintir ibubapa yang tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa belajar dalam keadaan yang sempit. Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia. Jadi kami inginkan mereka selesa dalam menuntut ilmu di Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al Quran Addin

Firman Allah S.W.T:

“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”

Surah al-Muzzammil, ayat 20

 Pada masa ini,  Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al Quran Addin yang terletak di ipoh,Perak ini terdapat 26 buah sekolah termasuk sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke peringkat Kolej Vokasional.Pelajar yang hadir ke sini adalah terdiri dari pelbagai latar belakang termasuklah mereka-mereka yang susah, asnaf serta anak yatim.Mereka ini akan dibantu dari segala aspek seperti buku teks percuma, aktiviti percuma, dan banyak lagi.

 

Anak-anak pintar ini bagaikan permata yang perlu digilap untuk mereka menyinari ummah. Tetapi dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sukar buat kami untuk terus menampung mereka. 

Oleh itu, Sempena bulan Ramadhan yang barakah ini kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al Quran Addin agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.


BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.




BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:


PAKEJ A – RM100

PAKEJ B – RM50

SEIKHLAS HATI - RM20


Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, InshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.

InshaAllah, berkat bulan Ramadhan yang mulia ini kami mendoakan agar usaha tuan puan membantu keberlangsungan pembelajaran pelajar kami ini akan dibalas dengan bantuan Allah yang tiada tandingan di muka bumi serta di akhirat kelak.


YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN ADDIN

BANK SIMPANAN NASIONAL  

0810041100037808

Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al Quraan ADDIN,Masjid Al Aulia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan, Jln. Kuala Kangsar, Taman Sin Lok, 30100 Ipoh, Perak

______________________________________________________________________________________________________________________


Disclaimer:

Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti pembangunan Yayasan Addin,program wakaf dan sebagainya

Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway toyyibpay,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi   +6019 590 9612  Yayasan ADDIN




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A : Infak Ramadhan RM100
PAKEJ B : Infak Ramadhan RM50
PAKEJ C : Infak Ramadhan RM20
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN