KAMI MEMERLUKAN INFAK TAJAAN MAKAN MINUM UNTUK PELAJAR TAHFIZ SEMPENA BULAN RAMADHAN BAKAL TIBA...
PELAJAR SEDANG MENIKMATI JUADAH DARI HASIL INFAK TUAN/PUAN
Nabi ﷺ bersabda,
“Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal saja, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak yang saleh yang berdoa untuknya.”
(HR. Ahmad)
Stok bekalan kami hampir kehabisan. Akan berterusan sehingga Bulan Ramadhan jika masih kekangan kewangan
Itulah apa yang berlaku di Madrasah YAYASAN ADDIN sejak kenaikan harga barang di negara kita sehinggakan kami di madrasah ini turut terkesan untuk menyediakan keperluan makan minum untuk pelajar kerana kekangan kewangan yang agak serius . Malah, ada juga di antara pelajar asnaf & anak yatim tidak mampu membayar yuran, kami tanggung sepenuhnya supaya mereka dapat belajar dengan baik dan berjaya tanpa mengira taraf hidup.
Namun, jika masih berlarutan masalah kewangan di madrasah, kami terpaksa catu lagi makan minum mereka bahkan di bulan Ramadhan nanti
Pada masa ini, Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al Quran Addin yang terletak di ipoh,Perak ini terdapat 26 buah sekolah termasuk sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke peringkat Kolej Vokasional.
Pelajar yang hadir ke sini adalah terdiri dari pelbagai latar belakang termasuklah mereka-mereka yang susah, asnaf serta anak yatim.Mereka ini akan dibantu dari segala aspek seperti buku teks percuma, aktiviti percuma, dan banyak lagi
Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.
Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa dihentikan pembelajarannya. Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Madrasah Yayasan ADDIN agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Jom Taja Makan & Minum Mereka !!
TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150
TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75
TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30
TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15
Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
YAYASAN PENDIDIKAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN ADDIN
BANK SIMPANAN NASIONAL
0810041100037808
Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al Quraan ADDIN,Masjid Al Aulia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan, Jln. Kuala Kangsar, Taman Sin Lok, 30100 Ipoh, Perak
______________________________________________________________________________________________________________________
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti pembangunan Yayasan Addin,program wakaf dan sebagainya
Penafian: